Monday, April 6, 2009

ucapan pembuka kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya tercipta juga sebuah blog untuk diri sendiri. 

Di sinilah akan dihamparkan sebuah potret kehidupan yang saiznya belum diketahui. dalam potret itu akan terisi dengan warna-warna perjalanan hidup diri ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada si peneman setia yang sentiasa di sisi, yang juga telah memberikan banyak inspirasi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan seseorang yang begitu istimewa, yang saling melengkapi hidup diantara satu sama lain. Dia yang dipanggil 'Honey', sentiasa tersemat di dalam hati dan sanubari.

Kehidupan itu satu nikmat, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Pencipta alam ini, yang memberikan ku peluang untuk terus merasainya. Alam yang indah, dipenuhi dengan pelbagai warna. semoga diriku dijauhkan dari warna-warna yang gelap gelita, demi mencari warna berseri, yang menerangi hari-hari..

errrr... skema nye bahasa.. dont worry, ni post yg last aku guna bahasa macam ni..hehehe

1 comment:

eye*da said...

Ucapan tahniah untuk kanda...
Update lagi ye... and dont forget main lagu dan sebenarnya untuk honey ok?

sayang hubby honey...mmmwwwaaahhh