Monday, April 27, 2009

Penat

wahwahwah...

lama sungguh tidak mengupdate blog ini. kekurangan komitmen dan masa untuk online. hari ni begitu penat melayan ilmu yang masuk menusuk otak yang semakin beku. kelas kejam start pkul 8 pagi dan berakhir pkul 3 ptg... peeergghh... gilo apo. skang ni baru ada peluang mengadap laptop pinjam dan meng-online di mamak Darul Ehsan. skarang pkul 4, ada meeting di bilik MPP. pkul4? skang ni da lewat 3 minit lah.... sempat jugak lagi nak mengonline, sape suruh inform aku lambat sgt...wakakaka... tunggulah korang kat bilik tuh, lagi setengah jam aku sampai lah..

minggu lepas begitu sebok dengan pelbagai tugas. hari minggu ku yang sepatutnya dihabiskan dengan Honey yang tersayang pon terpaksa dikorbankan. kenapa? wahwahwah... aku kena jadi fasilitator yang tidak bertauliah di kem kepimpinan pengawas yang bertempat di Seksyen 32, sekolah jalan kebun...

sorry honey, hubby terpaksa menanggung tugas yang telah diamanahkan... sorry sangat2.. love u so much..

hari ahad yang indah juga tidak dapt menghabiskan masa secukupnya dengan Honey tersayang. diriku ini terpaksa masuk diskusi untuk presentation pagi tadi. sorry honey, terpaksa menyuruh honey pulang awal... love u so much..

...

jap, nak masuk meeting jap...

Wednesday, April 15, 2009

Kelas Medic sudah bermula! yeay!

tahniah! tahniah! otak berkarat ini sudah menerima tamparan pertama oleh medical terms yg sudah lama dilupakan.. skarang terpaksa mencari pelincir yg mujarab di library..wakaka

*sempat lg online kat library ..hehe

...

jap, nk cari buku jap

Monday, April 6, 2009

alkesah rumah sewa

huish.. memang berangin satu badan ku yang bisa ditiup angin melayang ini. kureng asam punya manusia, janji aritu nak bagi aku sewa. tup tup aku call tadi bley plak dia cakap dah ada orang masuk. mmg ko nak pecah muka ke hape?

memang masalah besar punya problem la ni, dah la suma barang dari puncak perdana aku dah angkut. tapi nasib baik jugak blom serah kunci lagi kat management puncak perdana tuh, kalo tak, mmg konfem aku tido bawah jambatan.

aku call Lan, aku call Bari.. suma orang tak puas hati. Jaga ko lusa si manusia yang tak pegang janji. silap banyak la ko cakap berbelit ngan aku. Nasib baik jugak aku call dulu tadi, tu pon sebab nak tanya pasal bilik lagi satu yang Harry nak sewa tu.

tapikan, kalo ikutkan rasa, badan binasa.. so let it be & gone. esok aku nk try ajak Harry g cari rumah lain la pulak. mintak-mintak la ada owner nak bagi sewa tanpa kena bayar deposit. malam ni tidur dulu lah....

Hari ini

wah wah wah, pagi tadi rasa malas nak bangun. 

1st thing to do when the eyes opened -> tgk enset. wah! ada 1 sms n 1 mms.. tak lain dan tak bukan dari honey bunny my pelangi n sunshine. hihi.. sori sweetheart, kanda xlarat nak bangun pagi-pagi..

2nd thing to do - pumping jap. barulah dapat menghilang rasa malas nk bangun disamping dapt mengurangkan lemak di bahagian perut.hehe.

.....

hari ni g kolej nak menyetelkan borang pinjaman MARA. alnasib si papa kedana, terpaksa berhutang untuk mendapatkan ijazah. sampai kat kolej baru rasa nak tgk jam. mak aih! pkul 1 la plak. konfem la takde orang kat pejabat akaun tu. takpe2, g lunch dulu.

ramai betul orang kat Restoren D'Serai ari ni, masuk je dalam tu, dah bley nampak si tokey tersengih panjang almaklumlah, kedai dah penuh seperti biasa, duit dalam poket pon akan kembali bergiat aktif la.

.....

ooooppsss... lupa satu benda. saya, dengan ini dengan bangganya ingin memberitahu bahawa hari ini saya telah memakai kasut berwarna coklat yang baru dibeli semalam bersama honey terchenta di kedai BATA MidValley Megamall.. pheeeeewwwwiiiiiitttt!!!!
alkesah mencari kasut kulit nak ganti kasut yg dah hancur masa eksiden motor lepas. akhirnya kasut yang menjadi pujaan hati si isteri terchenta ialah kasut BATA yang berwarna COKLAT itu. macam biasa, honey suka, aku pon suka..hehehe. bak kata honeyku, kasut ini sesuai dipakai ngan suma jenis pakaian, xkira suit, jeans hatta baju melayu skalipon. kita tengoklah macam mana nanti, sesuai ke tak. yang penting kasut ini murah dan ringan sampai aku rasa nak melompat-lompat je bila pakai kasut ni. dengan design kasut yang santai, aku terasa semakin muda.

....

jap, nak tido jap...

ucapan pembuka kata

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, akhirnya tercipta juga sebuah blog untuk diri sendiri. 

Di sinilah akan dihamparkan sebuah potret kehidupan yang saiznya belum diketahui. dalam potret itu akan terisi dengan warna-warna perjalanan hidup diri ini.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada si peneman setia yang sentiasa di sisi, yang juga telah memberikan banyak inspirasi. Syukur ke hadrat Ilahi kerana dipertemukan dengan seseorang yang begitu istimewa, yang saling melengkapi hidup diantara satu sama lain. Dia yang dipanggil 'Honey', sentiasa tersemat di dalam hati dan sanubari.

Kehidupan itu satu nikmat, aku bersyukur dan berterima kasih kepada Pencipta alam ini, yang memberikan ku peluang untuk terus merasainya. Alam yang indah, dipenuhi dengan pelbagai warna. semoga diriku dijauhkan dari warna-warna yang gelap gelita, demi mencari warna berseri, yang menerangi hari-hari..

errrr... skema nye bahasa.. dont worry, ni post yg last aku guna bahasa macam ni..hehehe