Friday, May 8, 2009

Serabut..

pinjam internet access housemate jap...

wahwahwahwah... kepala berat bangat. mungkin disebabkan rambut yang semakin panjang hingga mampu menutup mata?? atau mungkin kerana jiwa kacau?? atau mungkin kerana dah lama tak rasa serabut?? atau mungkin kerana lapisan ozon dunia semakin menipis?? atau mungkin juga kerana krisis Palestine?? eh.. takkan la sampai ke situ lak kan?

Alhamdulillah, malam tadi sempat dinner dengan insan tersayang. aku amat2 syukur dan gembira bila dapat jumpa pelangi indah itu. memang berat nak bagi dia drive sorang2 dari putrajaya ke shah alam ni, campur pulak dah tahu kepenatan yang terpaksa ditanggung pelangi itu akibat menanggung tugas di pejabat penting negara. kadang2 rasa berbelah bahagi bila pelangi itu bagitau dia nak datang dinner kat shah alam. dalam gembira mendengar perkabaran itu, hati ini tak dapat berbohong bahawa perasaan kesian dan bimbang itu hadir bersama. tapi adakah pelangi indah itu faham?

minggu ni serabut bertambah dengan kehadiran mid-sem exam yang kurang macho itu. Paper Communicative English (UCS1523) di bawah bimbingan director Ms. Nur Aishah A. Rahman telah selamat diduduki. bagaimana? owh, sendiri pon tak dapat memberi gambaran kepada result yang bakal menerjah nanti. semua soalan dapat dijawab dengan tenang, akan tapi tetapi, adakah jawapan yang ditulis itu telah mengikut piawaian antarabangsa examiner Management & Science University?

another 2 papers, which will make my tension goes up, bakal menyusul pada 12 Mei 2009 dan 18 Mei 2009. Haemopoeitic & Lymphoid System bersama First Aid bakal menguji mindaku yang telah sekian lama membeku ini. Masih belum menunjukkan tanda2 akan cair, dan hanya menambahkan keserabutan minda dan akal. disebabkan 2 paper ni lah, aku dapat menulis blog ini pada waktu2 begini.. (stay up la konon..)

tadi lak dah kena komplen, my sunshine cakap aku skang ni dah cepat melenting. eh, melentingkah aku dengan cepat? kadang2 jadi tak sedar seperti tidak berpijak di bumi yang nyata. fikiran asyik bercampur-baur antara exam dan peninggalan saat2 akhir sebelum my sunshine ke khursus yang agak tidak senonoh tempoh lamanya.. setiap masa ingin menatap wajah indah itu, tapi dengan waktu study yang kurang mengizinkan ini, sukar untuk itu berlaku. maafkan hubby sweetheart, hubby tak sedar pon yang hubby ni cepat melenting. kalo itu yang honey rasa, hubby mintak maaf sangat2. hubby cuba sedaya upaya untuk bertindak mendiamkan diri dari sifat melenting itu.

dan satu lagi perlu honey tahu, hati hubby ini sentiasa milik honey. tidak pernah terlintas di fikiran untuk melihat wanita lain. hanya honey yang sentiasa di mata hubby. percayalah.. walaupun sukar untuk mempercayai lelaki, tapi cubalah untuk mempercayai hubby. hati mana yang tidak tersentuh bila diri dituduh sedemikian. setelah dicuba sedaya upaya untuk mendapat kepercayaan honey itu, akhirnya usaha itu bagai tidak dihargai dengan tuduhan yang bukan2. hati bagai dirobek dan seraya hati bertanya, "kalo dah depan mata pon tak percaya, bila berjauhan nanti bagaimana pula?"... adus.. keserabutan bertambah dengan jayanya.

....

jap, nak sambung study jap...

Saturday, May 2, 2009

'zero' weekend

dah kena tinggal dah... isk.. isk... isk... bukan kena tinggal betul pon, just berjauhan dari insan tersayang. Honeyku pulang ke pangkuan keluarga di Kedah. so hujung minggu ni hanya dihabiskan bersama rakan seperjuangan. tempat lepak paling indah minggu ini adalah di 2-4-33, Apartment Perdana, Shah Alam, Selangor. wahwahwah... lepak dalam bilik je lah. ni pon menumpang ekses internet Wan, bley jgak la online jap.

minggu depan, start 7hb Mei, dah start Midterm Exam. dah study dah, tapi still kepala otak beku jugak, susah nak ingat. so ingat hari ni nk tido je la kerjanya...hehehehe...

Lan pon dah tido, siap menumpang tido bilik Kamal ngan Eppy lagi tuh, gangguan mental betul kawan sorang nih.. jap..nk upload gambar Lan tido jap..
Lan: Xleh blah, tido ngan teddy bear..wakakaka

Malam ni ada sambutan ulang tahun kelahiran Bari. plan nk wat kat tempat futsal malam ni. tapi still tak tau nak kenakan Bari ni macam mana lagi.. aktiviti wajib yang perlu ada hanya mandi tepung ngan telur je lah.. kita tengok la camne nanti..huhuhuhu

Honey... Hubby rindu Honey.. cepat la balik... tapi takpe lah, ni kira latihan jugak ni, nanti nak kena tinggal lagi lama, time honey kena g DPA nanti..huish.....kena tinggal lagi...

...

jap, nak tido jap...